Wednesday, November 26, 2014

Trip to UAE (IV)- Dubai

Day 4- 15th  November 2014

As usual,kami bangun seawal 4 am, sebab waktu Malaysia dah 8 am.. Pukul 730 am kami turun dan brjalan2. Tak jumpa orang sangat sebab Saturday pun hari cuti. Singgah di sebuah café dan minum masala tea and samosa. Plan asal nak ke Dubai Mall, tapi jam baru pukul 8am sedangkan Mall bukak pukul 10 am. Kat sini all malls open until pukul 12 mid night. Sebabnya waktu malam diorang panjang sikit dari siang. Maghrib pukul 5.30 pm dan subuh pukul 5.15 am. And orang2 sini memang selalunya keluar waktu malam.. Mungkin jugak sebab factor negara ni ni selamat so orang tak takut nak keluar malam2. So disebabkan mall tak bukak lagi, aku ajak husband ke Jemeirah dan Burj Arab sebab tempat2 tuh open to public. Kami naik metro ke Dubai Marina Mall. Sampai sana, kad kami tak bole swipe out. Then rupanya orang yang di information counter tu salah bagi kad pada kami. Penyelia metro station tu kata kene bayar denda AED200 sebenarnya tapi sebab kami ni tourist dia kata tak payah bayar denda. Tapi kami kene beli kad NOL yanglain, yang memang khas untuk tourist berharga AED25 seorang. Oklah tuh, mujut tak kene saman, I noticed that masa turun naik tram sebenarnya tak ramai orang yang swipe kad . Rupanya tram service tu baru bermula 12 Nov 2014. So sebenarnya kami ni antara pelancong terawal yang menggunakan perkhidmatan nih. Lepas penyelia tu explain baru kami makin faham system public transport Dubai ni. Ada 3 harga yang berbeza untuk 3 tiers yang berbeza. Dalam lain perkataan harga tiket yang melibatkan 3 zon yang berlainan ialah AED7.50 manakala untuk 2 zon AED5 dan zon yang sama ialah AED3. Lepas ada tourist kad, lebih mudah untukkami ke sana sini sebba kad tu boleh guna untuk semua zon. So ini antara perkara2 yang pelancong perlu tau masa membeli NOL kad.

Mula2 kene tau nak ke mana & dari mana. Tengok map ni dan tentukan transportation yg available (i.e tram, metro or bus)
Second, kene tau lokasi yg nak dituju tu di zon mana. Sebab ia melibatkan harga yg berbeza
Ini ialah senarai saman2 sekiranya pengguna melanggar peraturan semasa menggunakan perkhidmatan awam di Dubai
Senarai harga untuk setiap zon. Ada 3 harga yang berbeza


Kami menaiki tram ke Dubai Marina, di situ kami dapat tengok rumah2 golongan elit Dubai. Tapi tak lalu pun Burj Arab. Tapi takpe, kami ke Dubai Mall dulu dan plan untuk ke Burj Arab esok or petang nanti. Kurang2 dapat la tengok view di Dubai Marina.   Ini gambar Dubai Marina.



Dubai Marina
Metro station


Kami menaiki metro ke Dubai Mall. Banyak signboard so memang takkan sesat. Dah banyak escalator yag kami guna tapi stil tak sampai2. Rupanya jarak dari metro station ke Dubai Mall ialah 800 meter. Fuh.. penat jugak walaupun ada escalator. Sampai di Dubai Mall, kami sungguh kagum betapa gahnya Mall tuh. Mall yang terbesar di UAE, followed my Marina Mall, mall of the Emirates and Ibn Battuta Mal. Dengan sizenya sebesar 55 padang bola sepak,memang tak mampu nak pusing habis. Kami terus carik Red Lobster restaurant, sebab husband nak sangat makan lobster. Puas la mencarik restoran tu, bila dah jumpa the staf cakap buka pukul 1130. Perut dah lapar, kami kemudian ke food court. Tapi melihatkan harga makanan di situ, kami membatalkan niat kami makan di food court. Harga untuk sandwich sahaja dah AED25, so bayangkanlah harga makanan lain. Kami balik ke Index Hotel untuk cek out dan cek in di White Fort Hotel. Sanggup berpatah balik ke Deira sebab tak sanggu duduk hotel tuh lagi. Lepas cek in kami terus ke kafe yang menjual ayam golek. Kami makan setengah ekor ayam dan 1 shawarma (AED48) . Ini lah kedai yang kami selalu makan, area Deira.



Our fav cafe for ayam golek & shawarma

Makanan Kedai yang ni memang sedap sangat dan kami puas hati. Lepas makan kami naik metro semula ke setesen mall of the Emirates untuk ke Burj Khalifa. Aku menegur seorang lelaki yang Nampak macam Asian look, dan kebetulan dia dalam perjalanan nak ke Mall of Emirates untuk bekerja. So kami turun ke setesen sama2 dan dia tunjukkan kami tempat untuk menunggu taxi. Queue panjang sangat tapi disebabkan system menunggu taxi yang efisien, kami menunggu selama 10 minit sahaja untuk menaiki taxi. Kami mintak driver taxi hantar kami ke Burj Khalifa dan tunggu kami untuk mengambil gambar. Selesai snap 2 3 gambar, kami minta dihantar ke stesen metro Mall of Emirates (the nearest to Burj Arab), dengan kos AED35. Gambar tak berapa cantik sebab dah nak maghrib, tapi puas ati dapat tengok Burj Arab dari dekat. Mujur taxi setia menunggu dan menghantar kami kembali ke metro station.




    Burj Al- Arab. Sebelahnya terletak Atlantis hotel, sebuah hotel 7 star. 
Masa ni dah nak sunset

Mall of the Emirates


 Kami menaiki tram ke Dubai Marina, di situ kami dapat tengok rumah2 golongan elit Dubai. Tapi tak lalu pun Burj Arab. Tapi takpe, kami ke Dubai Mall dulu dan plan untuk ke Burj Arab esoknya. Kurang2 dapat la tengok view di Dubai Marina.   Ini gambar Dubai Marina.


Dari Mall of Emirates kami naik metro ke Dubai Mall untuk menyambung perjalanan kami yang terhenti tadi. Sebelum masuk ke dalam shopping complex kami ke bahagian bawah untuk mengambil gambar di Burj Khalifa, bangunan yang tertinggi di dunia.. Sebenarnya ada buka kaunter di bahagian LG Dubai Mall untuk sesiapa yang nak naik Burj Khalifa, kalau tak silap kos around AED160 seorang.
Burj Khalifa. Di sebelahnya Burj Vista,under construction





 Bahagian bawah Dubai Mall


Tapi kami lebih berminat dengan Dubai Mall. I would say that sehari pun tk cukup untuk jalan kat Dubai Mal. Besar giler. Tengah jalan2 tuh kami ternampak seorang actor Malaysia, berjalan dengans eorang perempuan . Tak perlu dinyatakan siapa perempuan itu, apa yang mereka buat dan apa yang mereka pakai. Actor tersebut ialah Fahrin Ahmad. Menyesal tak amik gambar diorang, patutnya snap and hantar ke paparazi. Kami solat magrib di dalam Mall dan kemudian ke Red Lobster untuk menyampaikan hajat hati suami nak makan lobster. Kami order 3 dishes- Grilled Lobster, Clam Chowder Soup and Lobster & mushroom. Total money that we spend-AED211. Terasa romantic sungguh dinner sebab kami berdua je. Masa dinner tuh sempat aku pergi ke fountain yang betul2 depan restoran tu & Burj Khalifa. Fountain show yang diadakan setiap 30 minit bermula ukul 6 pm. Sempatlah 2x aku rakam video fountain show sementara menunggu hubby habiskan lobsterny(tapi tak dapat upolad sb size besar)




Grilled lobster with butter sauce 

Clam chowder soup

Fountain show. Di belakangnya ialah Burj Khalifa


 Selesai dinner, kami ke G floor, saja nak tengok underwater zoo & aquarium. Sebab dah pernah g Aquaria KLCC so kami tak lah sibuk nak masuk pun,just amik gambar. Otw ke Underwater Zoo, kami terdengar bunyi ketuk2 yang bising. Rupa2nya seorang lelaki sedang membuat pertunjukan aiskrim ketuk . So sempatlah kami rakam video dia (tapi tak dapat upolad sb size besar). Aiskrimnya sedap, kurang manis. Untuk 1 scoop harganya AED25. Sebab mahal, kami pun makan sampai licin. Then aku ajak hubby ke Coach, untuk carik handbag idamanku. Malangnya koleksi yang ada hnyalah koleksi yang berhagra AED3500 dan ke atas, yang sememangnya di luar kemampuan aku. Even I can afford it, I don’t think I am going to waste my RM just for one single handbag.


Aku panggil aiskrim ketuk..memang penuh dengan pistachio

Underwater zoo

Lepas tu dah penat, so kami pun balik ke hotel. Sampai ke hotel dah pukul 8 malam, kami rehat kemudian keluar semula untuk misi mencari Filli Café. Memang kene carik sebb aku dah gatal2 iklankan dalam group telegram untuk kawan2 order th Zafaran Filli café. Sebab dah ramai yang tempeh, kenalah jugak kami usaha untuk membawa balik the zafaran. Based on google map, dekat je dalam 15 minit jalan kaki dari hotel kami, iaitu Filli Café cawangan Deira. Pusing pungya pusing last2 jumpa la café tu di celah2 kedai lain. Tawar punya tawar dapatlah special price dan aku beli 50 pek & percuma 7 pek. Sambil tunggu diorang siapkan dan balut dalam kotak, kami pekena double tea zafaran. Memang sedap dan puas hati minum.. Lepas tu , memang dah tak larat nak jalan, terus balik dan zzzz….

Pemandangan dari White Fort Hotel, Deira


No comments: