Wednesday, December 3, 2014

Khatam Al Quran

Alhamdulillah , malam tadi Mursyid & Mukmin khatam Al Quran. Syukur sangat2. Aku ingat lagi Mursyid & Mukmin start betul2 baca Iqra masa di Muadzam, masa tu umur diorang 6+ & 5+. Kalau hari yang hubby balik Muadzam, banyaklah sikit diorang mengaji. Kalau dengan aku kadang2 tak sempat nak ajar, masa tu Musyrif setahun lebih , Auni baby lagi. Lepas dah pindah Kuantan semula , baru teratur masa untuk ajar diorang mengaji. Selalunya diorang mengaji dengan hubby lepas maghrib. Kami tak hantar pun Mursyid & Mukmin mengaji kat mana2, rasanya lebih berpuas hati kalo dapat ajar & monitor anak2 sendiri. Apa pun, aku doakan Mursyid & Mukmin akan consistent dengan mencari ilmu Al Quran dan membacanya,


Wednesday, November 26, 2014

Trip to UAE (V)- Dubai


Day 5- 16th November 2014

This is our last day before we return to Malaysia. We woke up early around 4am, packed our things. So far beg tak penuh pun lagi sebab memang kami nak shopping hari ni, the last day. Masa datang hari tu beg Cuma 12kg je.. let’s see berapa kg masa balik nanti. Our plan for today is to visit 4famous souq (market) around Deira;
  • ·         Naïf Souq
  • ·         Perfume Souq
  • ·         Spice Souq
  • ·         Gold Souq



At 8am kami keluar, untuk carik tempat for breakfast.  We were informed that all the markets open at 10 am. So sempatlah kami breakfast and berjalan ke souq tu. We started by heading to the river, ke Spice Souq and Gold Souq because they are close to each other. On our way, we say the ‘abraa’ macam bot la yang bawa penumpang sepanjang sungai tuh. Kalau tak silap tambangnya Cuma AED1. Tapi sebab keadaan bot tu yg kurang meyakinkan, kami tak naik pun. Just grab some pictures.

Abraa
Sungai di Deira

Then , kami Nampak Spice Souq. Rupa2nya it opens at 8.30 am. Memang banyak rempah yg ada kat sini & mostly tak jumpa kat Malaysia. I saw black cardamom, yg mmg aku tak pernah jumpa kat Malaysia, so I bought some. Black cardamom ni gunanya untuk buat Nasi Arab. Kadang2 aku jual jugak rempah Nasi Arab , bila2 aku rasa bosan, tapi rasa tak puas hati sebab  tak cukup bahan. So now I have it. J
I also bought other spices, nuts, halwa and chocs too. Harganya tak jauh beza dengan Malaysia. Beli la serba sikit utk ole2. Tuh pun dah penuh back pack kami.





Spice Souq 


Then, kami menuju ke Gold Souq, belum bukak lagi. Memang tak sangka pasar emas tu open macam tuh, Aku ingatkan tertutup and penuh dgn security, al maklumlah jual emas. Tapi memang sempoi je, dahla takde guard around. Perut pun dah lapar , tiba2 aku Nampak sorang Indian bawak air the dalam cup. So aku Tanya direction mana café, and he told us. Kami order 2 paratha and 2 masala tea. Kedai2 kat Dubai ni takde yang besar2 macam kat Malaysia. 
Breakfast pun setakat paratha and samosa je. Air pun toksah la berangan nak order macam2, sebab mmg takde. Then tengok orang sebelah meja makan paratha cicah kuah kambing. So hubby pun order. Suka sngat dia sebab dapat gulai kaki kambing. Aku pulak Tanya ada ayam tak, and they served me gulai ayam. Macam masak lemak cilia pi tapi rasa rempahnya lain sikit. Memang sedap sangat. Lepas 5 hari, first time aku jumpa lauk yg ada kuah. Selalu makan macam nak tercekik dibuatnya. Then aku  ratah ayam tuh habis sepinggan and order lagi sebab sedap and lapar. Lepas tu baru aku perasan, orang2 yg kat kedai tu seume tengok pinggan atas meja kitorang macam amaze sangat. Padahal aku rasa kalo kat Malaysia lagi banyak dari tu .. Tapi memang dah macam tu culture diorang. Dengan cost of living yg sangat tinggi, mana lah diorang mampu makan banyak2. So ni la breakfast kami hari tu.

Lepas makan kami ke Gold Souq. Walaupun baru je bukak orang dah penuh. Macam2 jenis emas ada and harganya murah sikit dari harga pasaran. Though it is cheaper, aku tak beli pun. Kang kalo beli emas tak de pulak ole2 aku bawak balik. Si amik gambar je lah.


Gold Souq entrance

Variety of choices of gold and silver jewelries

Mulanya ingat nak terus ke Naif Souq, tapi tengok tangan kami dah penuh kiri kanan, bagpack pun dah berat sebab singgah beli souvenirs kat Gift Village shop masa berjalan tadi. So kami pun balik ke hotel dulu, hantar barang. Mmm.. beg banyak ruang lagi. memang ada harapan borong sakan kat Naif Souq.
Then, kami ke Naif Souq. Aku kuar duit dulu kat ATM. Mujur aku dah activate kan, sebab pk takut nak bawak cash banyak2. Dengan charge RM10 sahaja utk 1 withdrawal, kira ok lah. Aku beli pashmina (made in Kashmeer) sedozen, dapat free lagi. Then hubby tunggu depan kedai dan aku borong abaya pulak. Murah wei kalo nak banding kan kat Malaysia. Abaya ni je lah barang yg aku jumpa made in UAE. Yang lain memang barang2 import dan dijual kat Dubai.Pilih punya pilih, aku borong 13 abaya rupanya. Takpelah, sebab aku memang plan nak jual bila balik Kuantan lagi. Kalo aku jual lebih murah dari market price, mesti ada orang nak beli kan. Lepas t uterus kami balik ke hotel sebab na cek out. Perut dah lapar tapi nak solat n check out dulu baru gi sambung jalan2. Tugas packing memacking diserahkan kepada En.Hubby. Janji barang2 aku sume muat dalam beg.


Naif Souq

After checked-out, kami tinggalkan barang kat lobi. Mintak Mr. Babur (from Bangladesh) tolong jaga. Sebab dah lapar sangat, again kami makan ayam golek dan chicken shawarma kat kedai yang biasa tuh la. Kitorang makan ayam sekor and shawarma pastu tapau half chicken utk Babur sebab tolong jaga barang2.Lagipun dia dah ckp nak tolong kami panggil teksi nanti. So belanjalah dia makan. Lepas hantar ayam tu pada Babur kami sambung aktiviti shopping ke Perfume Souq. Puas pusing sana-sini, rupanya souq tu bukannya macam souqs yg lain. Souq tu sebenarnya 1 kawasan yg banyak kedai2 yg jual perfume, bukan dalam satu bangunan. So I bought perfume for my brother and then we left. Along the journey sempatlah grab benda2 yg comel2 as souveniers. For my kids I bought them baju UAE.
Then kami ambil barang di hotel dan mintak Babur tahankan teksi. Staf hotel sini sangat2 helpful. Kalo tolong memang tolong sungguh. Adalah dalam 20 minit si Babur tu dok tengah jalan try tahan teksi tapi fully-occupied. Last2 kami naik je teksi illegal sebba kesian pada si Babur. Tambang teksi AED40 ke Dubai International Airport (DXB). Kami sampai awal, dalam pukul 5pm. Nak cek in luggae pun tak boleh lagi, so kami pun dok kat café atas. Siap boleh tanam pokok kurma dalam airport tu. Camne la pokok tu boleh hidup dalm aircond. Lepas solat jamak , kami cek in. Tengok macam tak best je airport tu.. Tapi lepas je kami cek in ddan berjalan sejauh 800m, baru lah kami sampai ke kompleks airport tuh. Memang cantik sangat2 dengan pokok kurma dalam airport tu. Mata dan ngantuk tapi flight kami pukul 1230 am. Sampai masanya, kami pun naik flight dan berlepas ke Doha untuk transit. Tiba di KLIA pukul 2.40pm (17 Nov).


Shopping complex in the airport


Dubai International Airport
For my next post, I will describe the things that you may want to consider if you plan to visit Dubai.

Trip to UAE (IV)- Dubai

Day 4- 15th  November 2014

As usual,kami bangun seawal 4 am, sebab waktu Malaysia dah 8 am.. Pukul 730 am kami turun dan brjalan2. Tak jumpa orang sangat sebab Saturday pun hari cuti. Singgah di sebuah café dan minum masala tea and samosa. Plan asal nak ke Dubai Mall, tapi jam baru pukul 8am sedangkan Mall bukak pukul 10 am. Kat sini all malls open until pukul 12 mid night. Sebabnya waktu malam diorang panjang sikit dari siang. Maghrib pukul 5.30 pm dan subuh pukul 5.15 am. And orang2 sini memang selalunya keluar waktu malam.. Mungkin jugak sebab factor negara ni ni selamat so orang tak takut nak keluar malam2. So disebabkan mall tak bukak lagi, aku ajak husband ke Jemeirah dan Burj Arab sebab tempat2 tuh open to public. Kami naik metro ke Dubai Marina Mall. Sampai sana, kad kami tak bole swipe out. Then rupanya orang yang di information counter tu salah bagi kad pada kami. Penyelia metro station tu kata kene bayar denda AED200 sebenarnya tapi sebab kami ni tourist dia kata tak payah bayar denda. Tapi kami kene beli kad NOL yanglain, yang memang khas untuk tourist berharga AED25 seorang. Oklah tuh, mujut tak kene saman, I noticed that masa turun naik tram sebenarnya tak ramai orang yang swipe kad . Rupanya tram service tu baru bermula 12 Nov 2014. So sebenarnya kami ni antara pelancong terawal yang menggunakan perkhidmatan nih. Lepas penyelia tu explain baru kami makin faham system public transport Dubai ni. Ada 3 harga yang berbeza untuk 3 tiers yang berbeza. Dalam lain perkataan harga tiket yang melibatkan 3 zon yang berlainan ialah AED7.50 manakala untuk 2 zon AED5 dan zon yang sama ialah AED3. Lepas ada tourist kad, lebih mudah untukkami ke sana sini sebba kad tu boleh guna untuk semua zon. So ini antara perkara2 yang pelancong perlu tau masa membeli NOL kad.

Mula2 kene tau nak ke mana & dari mana. Tengok map ni dan tentukan transportation yg available (i.e tram, metro or bus)
Second, kene tau lokasi yg nak dituju tu di zon mana. Sebab ia melibatkan harga yg berbeza
Ini ialah senarai saman2 sekiranya pengguna melanggar peraturan semasa menggunakan perkhidmatan awam di Dubai
Senarai harga untuk setiap zon. Ada 3 harga yang berbeza


Kami menaiki tram ke Dubai Marina, di situ kami dapat tengok rumah2 golongan elit Dubai. Tapi tak lalu pun Burj Arab. Tapi takpe, kami ke Dubai Mall dulu dan plan untuk ke Burj Arab esok or petang nanti. Kurang2 dapat la tengok view di Dubai Marina.   Ini gambar Dubai Marina.



Dubai Marina
Metro station


Kami menaiki metro ke Dubai Mall. Banyak signboard so memang takkan sesat. Dah banyak escalator yag kami guna tapi stil tak sampai2. Rupanya jarak dari metro station ke Dubai Mall ialah 800 meter. Fuh.. penat jugak walaupun ada escalator. Sampai di Dubai Mall, kami sungguh kagum betapa gahnya Mall tuh. Mall yang terbesar di UAE, followed my Marina Mall, mall of the Emirates and Ibn Battuta Mal. Dengan sizenya sebesar 55 padang bola sepak,memang tak mampu nak pusing habis. Kami terus carik Red Lobster restaurant, sebab husband nak sangat makan lobster. Puas la mencarik restoran tu, bila dah jumpa the staf cakap buka pukul 1130. Perut dah lapar, kami kemudian ke food court. Tapi melihatkan harga makanan di situ, kami membatalkan niat kami makan di food court. Harga untuk sandwich sahaja dah AED25, so bayangkanlah harga makanan lain. Kami balik ke Index Hotel untuk cek out dan cek in di White Fort Hotel. Sanggup berpatah balik ke Deira sebab tak sanggu duduk hotel tuh lagi. Lepas cek in kami terus ke kafe yang menjual ayam golek. Kami makan setengah ekor ayam dan 1 shawarma (AED48) . Ini lah kedai yang kami selalu makan, area Deira.



Our fav cafe for ayam golek & shawarma

Makanan Kedai yang ni memang sedap sangat dan kami puas hati. Lepas makan kami naik metro semula ke setesen mall of the Emirates untuk ke Burj Khalifa. Aku menegur seorang lelaki yang Nampak macam Asian look, dan kebetulan dia dalam perjalanan nak ke Mall of Emirates untuk bekerja. So kami turun ke setesen sama2 dan dia tunjukkan kami tempat untuk menunggu taxi. Queue panjang sangat tapi disebabkan system menunggu taxi yang efisien, kami menunggu selama 10 minit sahaja untuk menaiki taxi. Kami mintak driver taxi hantar kami ke Burj Khalifa dan tunggu kami untuk mengambil gambar. Selesai snap 2 3 gambar, kami minta dihantar ke stesen metro Mall of Emirates (the nearest to Burj Arab), dengan kos AED35. Gambar tak berapa cantik sebab dah nak maghrib, tapi puas ati dapat tengok Burj Arab dari dekat. Mujur taxi setia menunggu dan menghantar kami kembali ke metro station.




    Burj Al- Arab. Sebelahnya terletak Atlantis hotel, sebuah hotel 7 star. 
Masa ni dah nak sunset

Mall of the Emirates


 Kami menaiki tram ke Dubai Marina, di situ kami dapat tengok rumah2 golongan elit Dubai. Tapi tak lalu pun Burj Arab. Tapi takpe, kami ke Dubai Mall dulu dan plan untuk ke Burj Arab esoknya. Kurang2 dapat la tengok view di Dubai Marina.   Ini gambar Dubai Marina.


Dari Mall of Emirates kami naik metro ke Dubai Mall untuk menyambung perjalanan kami yang terhenti tadi. Sebelum masuk ke dalam shopping complex kami ke bahagian bawah untuk mengambil gambar di Burj Khalifa, bangunan yang tertinggi di dunia.. Sebenarnya ada buka kaunter di bahagian LG Dubai Mall untuk sesiapa yang nak naik Burj Khalifa, kalau tak silap kos around AED160 seorang.
Burj Khalifa. Di sebelahnya Burj Vista,under construction





 Bahagian bawah Dubai Mall


Tapi kami lebih berminat dengan Dubai Mall. I would say that sehari pun tk cukup untuk jalan kat Dubai Mal. Besar giler. Tengah jalan2 tuh kami ternampak seorang actor Malaysia, berjalan dengans eorang perempuan . Tak perlu dinyatakan siapa perempuan itu, apa yang mereka buat dan apa yang mereka pakai. Actor tersebut ialah Fahrin Ahmad. Menyesal tak amik gambar diorang, patutnya snap and hantar ke paparazi. Kami solat magrib di dalam Mall dan kemudian ke Red Lobster untuk menyampaikan hajat hati suami nak makan lobster. Kami order 3 dishes- Grilled Lobster, Clam Chowder Soup and Lobster & mushroom. Total money that we spend-AED211. Terasa romantic sungguh dinner sebab kami berdua je. Masa dinner tuh sempat aku pergi ke fountain yang betul2 depan restoran tu & Burj Khalifa. Fountain show yang diadakan setiap 30 minit bermula ukul 6 pm. Sempatlah 2x aku rakam video fountain show sementara menunggu hubby habiskan lobsterny(tapi tak dapat upolad sb size besar)




Grilled lobster with butter sauce 

Clam chowder soup

Fountain show. Di belakangnya ialah Burj Khalifa


 Selesai dinner, kami ke G floor, saja nak tengok underwater zoo & aquarium. Sebab dah pernah g Aquaria KLCC so kami tak lah sibuk nak masuk pun,just amik gambar. Otw ke Underwater Zoo, kami terdengar bunyi ketuk2 yang bising. Rupa2nya seorang lelaki sedang membuat pertunjukan aiskrim ketuk . So sempatlah kami rakam video dia (tapi tak dapat upolad sb size besar). Aiskrimnya sedap, kurang manis. Untuk 1 scoop harganya AED25. Sebab mahal, kami pun makan sampai licin. Then aku ajak hubby ke Coach, untuk carik handbag idamanku. Malangnya koleksi yang ada hnyalah koleksi yang berhagra AED3500 dan ke atas, yang sememangnya di luar kemampuan aku. Even I can afford it, I don’t think I am going to waste my RM just for one single handbag.


Aku panggil aiskrim ketuk..memang penuh dengan pistachio

Underwater zoo

Lepas tu dah penat, so kami pun balik ke hotel. Sampai ke hotel dah pukul 8 malam, kami rehat kemudian keluar semula untuk misi mencari Filli Café. Memang kene carik sebb aku dah gatal2 iklankan dalam group telegram untuk kawan2 order th Zafaran Filli café. Sebab dah ramai yang tempeh, kenalah jugak kami usaha untuk membawa balik the zafaran. Based on google map, dekat je dalam 15 minit jalan kaki dari hotel kami, iaitu Filli Café cawangan Deira. Pusing pungya pusing last2 jumpa la café tu di celah2 kedai lain. Tawar punya tawar dapatlah special price dan aku beli 50 pek & percuma 7 pek. Sambil tunggu diorang siapkan dan balut dalam kotak, kami pekena double tea zafaran. Memang sedap dan puas hati minum.. Lepas tu , memang dah tak larat nak jalan, terus balik dan zzzz….

Pemandangan dari White Fort Hotel, Deira


Monday, November 24, 2014

Trip to UAE (III)- Dubai

Day 3- 14th November 2014

As early as 8 am kami keluar dari hotel, walked around. It is Friday, a holiday in UAE so hardly see people walking around except for those attending the conference. We found a tram station which is only 3 minutes dari hotel. Then kami Nampak satu café yang buka – Filli Café. Tey said that their signature drink is Double Zafaran Tea (AED5) so we tried. Memang sedap sangat air teh nih. Teh yang ada campuran herba2 dan saffron, sememangnya elok untuk kesihatan. Ada jugak jual tea powder, so kami beli 3 peket. Lepas tu mulalah rasa menyesal sebab tak beli banyak untuk bawak balik Malaysia. Tapi kami dimaklumkan yang Filli Café ada 15 cawangan di Dubai so kami plan untuk beli lagi tea powder tu kemudian. Before presenting my paper at the International Conference on Language Learning & Teaching (ICLLT), I had a breakfast at the hotel. Hubby taknak makan. I saw other customers bawak naik makanan ke bilik so aku pun bawak naik untuk husband. All different types of cheese, milk and bread. And the only thing I could eat was bread. Susah nak telan keju seketul2 tu, bukan setakat milky tapi masam & muak. 



Variety of foods served at the hotel

Finally, aku makan ni je


My presentation was from 11  am to 12pm and Alhamdulillah everything was fine. I received positive feedback from the audience and aku baru perasan that I was the only Malaysian at the conference.  

with Laleh from Iran. Dulu ia ni buat Phd kat UPM under Dr.Jaya


with Grace from Nigeria



After the presentation


After the conference, we cek out and left to cek in at another hotel at Deira.
Why?
Because Deira is the strategic place to stay if you plan to go to the markets. There are 4 main markets there- Gold Souq, Naif Souq, Perfume Souq and Spice Souq. Tapi sekitar those markets memang banyak sangat kedai. Kalah Chow Kit Road and TaR road.

From KVC, kami naik tram ke Dubai Marina and then tukar train menghala ke Rashidiya, turun di Union station. Dari Union station kami naik metro ke Banisya station. Dari station kami jalan kaki ke Index Hotel. Kalau tengok google map, hotel tu cuma 600m dari metro station. Tapi kami dah jalan lebih 1km dan stil tak jumpa. Puas Tanya orang lain pun tak tau mana hotel tuh. And finally kami sampai jugak ke hotel tuh. It is not a hotel that I would recommend to anyone. Actually I booked for 2 nights stay tapi bila tngok keadaan hotel tu yang sangat tak menyelerakan, aku cakap pada husband nak carik hotel lain. Lepas rehat2 kami berjalan sekitar . Memang banyak sangat kedai dan meriah. Tak terasa macam berada di UAE sebab terlalu ramai orang dari India, Pakistan, Bangladesh,, Afrika, Kenya etc. Mestilah kan, sebab Dubai Cuma ada 15% sahaja penduduk asal. Yang lagi 85% adalah immigrants and foreign workers. That is why it is hardly to see those Arab people around. Based on my reading, UAE adalah negara yang selamat. Takde pickpocket or robber. So although keadaan sekitar macam kat Chow Kit Road, aku rasa secure. Kami ke kedai yang berhampiran dan oleh kerana tahap kelaparan yang melampau kami order seekor ayam . Kami dihidangkan dengan roti, ayam, salad, pickles and humus. Memang sedap dan kene dengan tekak aku. We paid AED50 untuk menu tu. Lepas tu kami berjalan2 untuk tahu lokasi all the markets. Kami ke Naif souq dan Cuma tengok2 dulu sebab plan nak shopping hari last nanti. Lepas magrib kami balik ke hotel dan berehat. Kalau bukan sebab siang tu dah banyak sangat berjalan masa nak carik hotel, mesti kami keluar malam tuh. Tapi sebba kaki dah sakit sangat kene lah dok berehat dulu. Takut nanti tak larat pulak nak eluar esok. Sambil2 tu aku tempak bilik di White Fort Hotel, yang Cuma 100m dari Baniyas metro station. Harganya Cuma AED180 dan bila campur tax total ialah AED223. Berbanding dengan Index Hotel, yang beharga AED271, memang jauh panggang dari api. 
View dari bahagian depan dalam metro
View sebaik sahaja keluar dari Baniyas metro station

Burj Arab- View dari dalam metro


Wednesday, November 19, 2014

Trip to UAE (II)- Abu Dhabi

Day 2- 13 Nov 2014

Kami bangun seawal pukul 4 am (waktu UAE) , sebab Malaysia dah pukul 8am waktu tuh. Lepas tu terpisat2 tak tau nak buat apa. Pukul 730am kami berjalan2 sekitar hotel untuk cari breakfast. Takde kedai2 yang besat atau restoran, Yang ada hanya cafe2 kecik sama ada diuruskan oleh Indian or Pakistani. Menunya hanyalah roti parata (ala2 roti canai) dan masala tea.   Kos untuk 2 orang makan AED8 sahaja. Memang toksah harap nak jumpa kedai2 macam kat Malaysia yang jual macam2 makanan. Tapi aku tengok orang sini tak ramai pergi kedai utk breakfast. Setiap kedai pun ada kerusi tak lebih dri 10 biji. Limited space untuk setiap kedai jadi memang tak boleh letak meja dan kerusi banyak2. Selesai sarapan kami bercadang nak naik teksi ke Syekh Zayed Grand Mosque (SZGM), yang dikatakan buka pukul 10 am. Tapi oleh kerana masa tu peak hour dan susah nak dapatkan teksi, kami pun decide nak gunakan perkidmatan bas awam. Masalahnya ialah kami tak tau bas no berapa yg ke SZGM dan setiap bas ada laluan yang berbeza. So kami pun naik je bas N0 32 sebab dimaklumkan yang semua bas akan ke bus station. Plannya nak ke bus station kemudian carik bas ke SZGM. Masa naik bas tu, bas memang penuh giler, dah standby duit nak bayar (AED2) tapi takde konduktor yang datang kutip duit. Bas tu pintunya auto, kalau masa tutup ada tangan or kaki yang melepasi garisan, tak jalan la bas tuh. Ruang hadapan hanya untuk women, tapi ada pengecualian masa peak hour. Setengah jam dalam bas,kami tak nampak bayang bus station. So kami pun turun entah kat mane2. Bila turn je bas, kami baca bas route kat situ,baru Nampak kebetulan bas yang ke SZGM ialah bas no 54 dan bas tu sepatutnya lalu di hentian tu. Syukur sangat. Tapi kami Nampak jugak kat jadual yang bas tuh lalu situ 5 minit yang lepas. So kami pun tahan teksi. Teksi Abu Dhabi ada 2. Yang colour hitam, start charge dr AED50 (minimum) manakala yang warna silver start dari AED3, jauh lebih murah. Driver teksi Tanya kenapa tak turun bas sampai ke hentian hadapan, sebba SZGM tu kat depan rupanya.. Laaa.. awat tak habaq.. ingatkan tadi dah sesat tah mana2 tupanya betul dah bas tadi tuh. Takpelah, menderma AED10 pada driver teksi untuk sampai ke SZGM. Kagum dengan kemudahan awam yang selesa dan bersih di Abu Dhabi, kami dikejutkan lagi dengan underpass (laluan bawah tanah) untuk keseberang jalan dan juga jejantas yang menyediakan lif untuk keselesaam orang awam. Dan yang paling selesa ialah setiap bus stop ada air cond..

Jejantas that comes with an elevator

The Grand Mosque was really a wow.. very huge & luxury. With 82 domes, chandeliers made of 24 karat gold & crystal, wall made of white marble. Claimed as a masterpiece of Islamic architecture. 


Syekh Zayed Grand Mosque

 Lampu yang dibuat dari emas & crystal



we spent about an hour before leaving. Banyak taxi tunggu luar masjid, tapi kami pilih untuk naik bas. So kami berjalan ke luar gate, about 1.5km to get  to the nearest bus stop. Kami naik bas no 34 sebab itu je bas yang lalu dan kami mintak driver bagitau kat mana nak turun untuk catch up with the bus heading to Madinat Zeyed. We are lucky that takde sesat2. Smpai di Madinay Zeyed kami e shopping mall next to the hotel. We are so hungry. Hubby makan chicken biryani for AED25 while I tried apple pie and kiwi juice , for AED30.then we cek-out and ask direction to the bus station . The staff were very helpful, One of the staff, name George, tahankan taxi for us & told the driver to bring us to Abu Dhabi bus station, Tax fares was AED11. The driver told s that sekarang susah nak dapat bas ke Dubai. I don’t believe him sebab dia macam nak suruh kami naik teksi je ke Dubai. We asked berapa cost ke Dubai and he said AED300. I dot think it is reasonable for us to pay such amount to go to Dubai, which is only 110km away.  Sampai di bus station kami beli tiket ke Dubai, AED25 for each person. Luckily, kami sempat catch up dgn bas and the last person naik bas. The bus driver mintak sorang penumpang lelaki utk pindah ke belakang, so that me and hubby boleh duduk sekali. I don’t think this gonna happened in Malaysia.


So the journey is about sejam setengah. Kami sepatutnya berhenti di Ibn Battuta Mall tapi bas tu tak  berhenti pun. So kami turun masa bas berhenti di Al Jafliya metro station. We are heading to the conference venue- Knowledge Village Centre, which is located in between Abu Dhabi and Dubai city. Metro is a public transport, which we called LRT in Malaysia. Sangat selesa dan mudah. Di setiap stesen ada peta dan guide yang lengkap untuk rujukan. Apa yang diperlukan ialah memahami which train goes where and which card should you use. The worker at the information centre gave us a 2 zone card (AED8) to get to the Ibn Battuta station. From Ibn Battuta we took a taxi to KVC and cek in at Tulip Inn. Just nice sebab masa tu was during The welcoming drink. I registered and we had a rest at the hotel room. Then kami ke food court which was just outside the hotel. Husband makan biryani kambing for AED35 and I ate shawarma for AED15. The price of foods in Abu Dhabi and Dubai are both so expensive compared to Malaysia. 3 kali ganda and sometimes more than that. Then kami balik hotel and berehat coz my presentation starts tomorrow.

 Knowledge Village Centre (main entrance)

 Bangunan yang kami nampak di Abu Dhabi

 Double bus

View at the Metro station