Sunday, November 25, 2012

Cuti-cuti Malaysia 2012

Alhamdulillah, baru balik dr trip with my husband and kids. This year we went to 2 different location:
15/11/12 : bertolak ke Melaka. Stay at D Village Ayer Keroh. Places visited - Taman Buaya & Reptilia, Zoo Melaka. And of course hubby and I love to try foods which are famous. so we managed to go to Umbai, Selera Kampung (depan menara Tamingsari) & Ikan Bakar Leman (MITC). ok la not bad, but still tak memenuhi piawaian yang ditetapkan.
17/11/12 : balik PD, along dgn angah baru balik haji
18/11/12: Ke Serkam Pantai, kenduri kahwin sepupu hubby. Mursyid n Mukmin tinggal kat PD sbb nya next week kitorang nak balik PD semula

Then,  I had a MUET meeting for 2 days (20-21/11/12). I am supposed to mark the scripts in 2 weeks time, tapi nak buat camne aku dh beli tiket flight 2 bulan awal. so cuti je la..scipts?? bior je la, balik nanti aku mark la..

21/11/12 : Pas meeting MUET kami bertolak ke PD
22/11/12 : Kol 5 pagi abg Farid hantar kami ke LCCT, flight kol 7.05 pagi. sehari ada 2x je flight Air Asia ke Kepala Batas, Alor Setar. Thank you Tony Fernandez, sbb lyan emel aku, and bagi aku credit shell untuk beli tiket lain, tinggal tambah couple of hundreds ringgit je to buy new tickets. The journey only took 1 hour to arrive at SAH Airport. Sampai sana, kete sewa yang aku book dh ready. so kami ke Alor Setar dulu. Nak g  makan laksa kat kedai bawah tangga tepi city point yg aku sellau makan dulu2, tapi dia bukak tengahari pulak. keciwa..kedai tuh bawak bangunan ukur. dulu mmg sedap sgt laksa n cendol dia. so kami teruskan perjalanan menghala ke UUM. Banyak kolej baru. kolej2 yang dulu pun ada yg dh tukar nama, sekarang sume kolej dipanggil Dewang Penginapan Pelajar (DPP). Antara kolej yg dah tukar nama ; kolej Sime Darby (Guthrie), BSN( Perwaja), Pernas (Tradewind) n kolej2 baru macamMuamalat and ada lagi 3 aku x ingat namanya..sebelum tu , masa Otw ke UUM, singgah kat Joe Cendol Pulut. makan mui ,laksa nof course cendol pulut. mmm, sedap la..tapi aku rasa dolu2 punya lagi ada umph.Changloon sekarang dh membangun, dah ada C-Mart, jalan ke BKH...then kami roda uum. asalnya nak tido EDC Hotel tapi penuh, padahal aku tipon 2 bulan awal. last2 dok university inn, dolu2 kolej maybank..petang tuh kami ke BKH, tapi dh tak best. walaupun dh ada bangunan baru tapi tak menarik mcm dulu. akak yangjual jeruk buah tuh pun dh takde.dah 10 tahun kan, apa la aku nih..pastu kami ke Kuala Perlis, apa lagi, makan seafood la kat Mona Ikan Bakar. Malam, budak2 sume dh penat xo tido' awal..
23/11/12: aku g beli breakfast kat Petronas. aku tengok tasik dah tak seceeria dulu, rumput2 pun panjang je. Pas check out , kami menghala ke Perlis, tukar plan sbb University Inn takbest. so i manage to get a seaview room at Putra Basmana Hotel, Kuala Perlis. sampai kat sana,hubby ajak g Kak Su Laksa Beras, dalam internet byk entries pasal kedai tuh..memang sedap la, kalah laksa joe cendol. memang kami makan beria. pastu ke Padang Besarm otw, hubby solat jumaat kat masjid Padang Besar. kat Pdang Besar, kami gilir2 shopping. mula2 aku. hubby and anak2 dok kat tengah tuh, nasib baik ada kerusi. then hubby plak shopping. mmg bankrap la aku, mujur takde ATM kat situ, kalo tak mesti aku cucuk duit lagi bankrap..heheh..pastu kami balik ke hotel..and mlm tuh, apa lagi makan seafood kat K.P lagi la..kami saje amik hotel tuh sbb nya boleh jalan kaki je kat  kedai2 makan tuh. boleh tengok sunset lagi. dolu2 tempat tuh tak la cantik mcm skrg. skrg dh proper and menarik
24/11/12: pas breakfast and check out, kami ke Plaza K.P, beli barang sket lagi sbb semalam tak habis shopping kat Pdg Besar. Bertolak ke Alor Setar, ke Pekan Rabu, shopping lagi. dah tentu aku borong ikan pekasam. risau jugak kalo exceed limit utuk luggage flight.ah, lantaklah..kalo lebih bayor je lah kan. pas shopping  tuh hubby kata nak ke Tanah Merah, Jitra ada Char Kue Teow sedap katanya. Nasibbaik la laki aku ni jenis rajin survey kat internet so senang la, pastu guna GPS je carik kedai tuh. Kedai tuh ada, tapi kedai lain. orang kata Gani Char Kue Teow tuh dh pindah Kuala Neranag..Huh, hampa plak. Then husband kata kami ke Alor Setar plak g kedai yg famous kat sana. So patah balik, ke Iman Char Kue Teow, jalan nak ke Shahab Perdana.. Ramai giler org. nasi ayam and roti arabdia sedap. kami tunggu  sejam dah alang2 sbb dia kata bahan2 CKT tak siap lagi. Isy, mula2 takut x sempat je sbb flight balik kol 9.10 malam ..mujur sempat..ok la CKT dia cumanya kami expect akan makan CKT yang moist, basah2 dgn telur tuh. tapi yg ni lebih dry, so tak kick la..tapi sedap jugakla kalo nak banding CKP lain..so setakat ni pakcik yang jual CKT kat Changloon tuh yang paling best aku makan seumur hidup aku..
lepas makan, kami terus ke airport. kol 10.30 mlm baru smpai LCCT sbb trafik kat udara so plane kene pusing2 kat IPoh dulu. smpai sana, abang farid amik, bawak balik PD semula. before that, masa nak amik luggage, ada 1 bagpack takde, bag tuh ada kerepek2 je tapi sbb bag notebook an barubeli kat pdg besar, syg jugak. so aku buat report kat 'lost n found'..
25/11/12 : bertolak balik ke kuantan..smpai dlm kol 3 ptg. kol 6 ptg, agent delivery air asia dtg, hntar bagpack kami yg tak jumpa mlm smlm tuh..bagus service dia, x psl2 kene hntar beg tu saje ke kuantan

aku memang suka sgt dapat bawak anak2 naik kapal terbang. seronok sgt diorg. diorg happy, makabah lagi happy kan..btw, gambar2 tak sempat nak upload. nanti la pas marking aku buh
now, aku kene pulun marking MUET plak, tuh la dah poya2 4 hari..kene la catch up kan..but I am realy really happy this 2 weeks. next year nak cuti2 kat mane plak ye??

Tuesday, October 16, 2012

23rd consecutively

23rd Sept 2012- my last day in UNITEN (on paper) in which the new journey begins
23rd Oct 2012 - I am moving (furnitures) to Kuantan
23rd Nov 2012 - I am going to bring my family and my hubby for a trip to Keda. back to UUM after 10 years, actually 11 years after my graduation..yeah..tak sedar diri tuh, time tuh la kene marking MUET writing..huhuhu..lantak la yg penting aku dapat g jalan..

Saturday, September 29, 2012

Alangkah...

Alangkah bagusnya kalau aku sambung blaja few years ago..
Alangkah bagusnya kalau aku register blaja lebih awal...
Alangkah bagusnya kalau abah masih ada di saat ni..I am sure he would be very proud with what I am engage in now..
Alangkah, alangkah..kalau, kalau , kalau..sesungguhnya ianya membuka pintu untuk hati kita tidak bersyukur dan menyesal atas suratan takdir..Ingat tuh Umi!!

Friday, September 14, 2012

The journey begins....


I am gonna miss my office, which is so comfortable and big (10x15 feet) in which can occupy all my stuffs including books and toto..hehehe..I feel quite difficult to adapt to the environment of Muadzam about 2 years ago. later, I guess I am gonna miss all the stuffs that make my life easier here ; easy to park your car anywhere, no 'queue'  anywhere, fresh air, no traffic at all, shopping in 15 minutes, the fresh meat market etc..Muadzam, I will return in 3 years time..InsyaAllah

Monday, August 27, 2012

14th June 2012 _- Coincidence?

  Guest Details () denotes infant


1. MS UMI KALSOM, MASROM

( Auni Safiyyah, Irman)

3. CHD MUHAMMAD MURSYID, IRMAN

5. CHD MUHAMMAD MUSYRIF, IRMAN

2. MR IRMAN, KHALIL

4. CHD MUHAMMAD MUKMIN, IRMAN

Flight Details

Flight Departing Arriving

AK5250

ECONOMY

PROMO

Kuala Lumpur (KUL)

Kuala Lumpur (LCC Terminal)

Thu 14 Jun 2012, 0710 hrs ( 7:10AM)

Alor Star (AOR)

Sultan Abdul Halim Airport

Thu 14 Jun 2012, 0810 hrs ( 8:10AM)


These are the details of the flight tickets that I bought for our family vacation. I bought them 44 days before the boarding day. Coincidently, the date that I chose for the vacation is the same date that abah passed away..14th June 2012.. Sometimes I blamed myself, how it could be possibly happen on the same exact day and date??

Sunday, August 26, 2012

Cerai susu

Auni dah 2 tahun lebih, still breast feed. Puas aku cari ikhtiar nak cerai susu. So far dia la yg paling lama n paling susah nak cerai susu. Mula2 aku buh pewarna merah, bila dia nak hisap aku pura2 sakit. tapi dia on je , siap calit2 wrna merah tuh.. Cubaan kedua, mak aku bagi batang bakawali, aku rasa mmg phit.. so aku pun bubuh la. Mula2 dia hisap muka Auni terkelat2 menahan pahit, pastu dia teguk susu botol sket (agaknya nak hilangkan pahit) pastu dia smbung hisap lagi. Malam kedua n ketiga pun tak menjadi sbb Auni lap lidah dia n teruskan jugak menyusu. Hai, cubaan gagak. Cubaan ketiga, aku bubuh teh serbuk. Masa dia nak hisap, dia terus palingkan muka ke sebelah, geli katanya.. pastu aku tanya nak nenen tak, dia geleng2 kepala sambil jawab ."geli"..Cubaan berjaya,, tapi aku rasa mcm sedih n kesian plak kat dia, malam2 selalu hisap nenen, rasa attach dgn Aun, smlm dia tido tanpa hisap nenen cuma pegang2 je..huhuhu..kesian nya aku rasa. tapi husband kata dh 2 tahun, elok cerai susu je..

Wednesday, June 20, 2012

The worst day in my life

12 June 2012

Pagi- along sent me sms. blood pressure (bp) abah rendah + berat abah tak naik. so x boleh buat hemodialisis. kene bagi makan dulu. selalunya lepas makan bp akan naik, tapi bp abah makin turun 70/40. so terus tolak ke emergency room. smpai di ER, tolak ke ICU pulak..

Petang - along kata dia balik umah jap nak tukar baju. tak laam lepas tu along  called aku nangis2, sbb doctor suh dia dtg g icu. sampai sana doctor kata abah is in a critical condition. There were few options for my family to choose. but still the hope is 50-50..dekat2 nak magrib tuh along call aku , suruh aku balik PD ..followed by a call from kak leen, mentioning the same thing. aku di muazam, terketar2.. apa aku nak buat? husband aku kat teronoh. terus aku call hubby , dia kata dia akan balik asap, suruh aku tgu dia. ikut hati aku, aku nak je balik drive sorang2 dgn anak aku 4 org tuh. tapi hari dh malam, dah la jalan tuh tak byk kereta, kalo jadi ape2 sape nak tolong aku..maka aku pun tunggu la semalaman sampai hubby smpai kol 2 lebih (pagi). tak tido aku dibuatnya memikirkan abah aku n hubby yg tgh drive

13 June 2012
pagi2 lagi kami dh bertolak di PD. sampai di HPD, kami terus ke ICU. kebetulan masa tuh ada doctor. so she explained   about his condition. according to her, condition abah ada improvement compared to last nite. aku lega. seharian aku n hubby amik turn dok kat ICU . sedih aku tengok berselirat badan abah dgn segala mcm jenis wayar,plus the oxygen. walaupun takleh duduk dlm tuh lama2 tapi kami boleh keluar masuk sekejap2. abah tak berapa sedar. doctor kata bagi abah rehat so dia boleh calm down. doctor cuma risau heart beat abah yg laju dr biasa, 140. aku stay kat HPD smpai nak magrib. then along tunggu pulak sementara tgu angah n abg deris smpai utk nite shif. sebelum aku balik , aku pergi kat abah. aku gosok2 tangan dia..aku usap2 kaki dia.  aku tgok kaki abah dah ke bwh sket. terdetik dlm hati aku ' org kata kalo kaki mcm nih, maknanya dh nak meninggal", "nauzubillah cepat2 aku lupakan kata hati aku. aku cium tgn abah "abah umi sayang abah (aku x ingat bila last time aku cakap mcm tuh kat abah), abah cepat2 la sembuh, boleh balik umah main dgn cucu2. umi mintak maaf ye abah".. aku tak tau apa yg menyebabkan aku nak mengucapkan ayat yg terakhir tuh. lepas tuh aku usap2 dahi abah, nampak abah angguk2 dgn lemah sgt. aku pun balik, mengenangkan anak2 yg aku tinggalkan kat umah mak sejak pgi tdi.

14 june 2012

malam tuh aku tido dgn mak n auni. lebih kurang pukul 12.30 malam terdengar bunyi telefon umah. mak yg angkat. tiba2 mak masuk dlm bilik " umi, hospital telefon kata abah kau dah nazak". aku pun bergegas bangun, aku call angah sbb angah ada kat ICU. " ngah, hospital call kata abah  dah nazak. macam mana?". akak aku pun terus letak telefon. dlm 2 3 minit lepas tuh, aku call angah. bila dengar ngah nangis2 aku dah tau apa yg jadi. aku terkejut. terkejut sampai tahap aku tak menangis. aku terus ke atas, kejut kak leen n along untuk bgtau diorg. aku mmg tak bgtau mak masa tuh, sbb aku tak tau mcm mana nak bgtau mak. tak lama lepas tuh aku dgr mak menangis kat bwh, abg farid call mak bgtau berita tuh. dunia terasa mcm berpusin2g, kaki aku rasa lemah . aku terus ke kereta dgn hubby, menuju ke hospital. perjalanan yang tak smpai 10 minit tuh seakan2 berjam2 lamanya.aku pegang tangan hubby. baru aku menangis. aku call diana. dan aku menangis lagi. smpai di HPD, aku ebrlari ke ICU, abg farid ada kat luar pintu. kami berpelukan tanpa berkata sepatah apa. rasanya itu dh cukup menceritakan apa yg kami rasa. di katil abah, aku tengok angah tengah menangis. dan bila aku tengok muka abah masa tuh, memanh tak tertahan air mata ni. aku ingat aku cukup kuat, tabah, tapi nampaknya tak. aku gagal kawal emosi aku bila aku tengok jenazah abah. muka abah sungguh tenang, seakan2 dia tengah tido. ku panjatkan doa dan fatihah untuk abah. doctor kata, bp abah tiba2 menjunam, followed by heart beat stop terus.. n they have tried to give cpr but failed..kami redha. memang dah sampai masanya, takde sapa yg dapat halang malaikat maut.. bila kami semua dah sampai di HPD dan baca yassin untuk abah, abg farid panggil kami berkumpul. "sebelum abah meninggal, abah ada pesan supaya semua duit dia disedekahkan kat masjid, Masjid Springhill". kami semua sebulat suara untuk menunaikan hajat abah tuh. masjid tuh belum pun dibina tapi mmg akan dibina soon. kami x kisah pun duit abah tuh, duit tuh boleh dicari. Abah memang seorang yg sgt2 pemurah dan baik hati. sepanjang hayatnya aku selalu saksikan abah sedekah duit pada org, pd sedara mara , even pd kwn2 aku yg tak berapa senang hidupnya. mungkin sbb tu abah murah rezeki, berniaga pun maju.

Pagi- jenazah abah tiba di rumah dlm pukul 3 lebih (pagi). org dh ramai yg tgu kat rumah. melihat ambulance smpai dan jenazah abah turun .hati aku sayu ..lepas subuh org makin ramai dtg. abg farid buat announcement yg pukul 9 abah akan dimandikan dan kalau boleh sebelum tengahari nak kebumikan. jenazah abah dimandikan di rumah, bg menghormati abah sbbb all this while abah mmg suka semua benda atau majlis buat di rumah. pukul 10 lebih, abah dikapankan. saat yg sangat menyayat hati bila tengok abah dipakaikan kain kapan, satu persatu. sedih..tapi aku mesti tengok. supaya aku akan ingat saat ini smpai bila2. makin sedih bila seorang demi seorang mengucup dahi abah. aku x tau mcm mana nak gambarkan perasaan aku masa tuh, hanya org yg pernah mengalami yg tahu mcm mana rasa peritnya. then, jenazah di bawa ke tanah perkuburan Port Dickson. sepanjang proses tuh, aku tengok mak . kami saje sibok2 kan mak dgn kerja2 melayan tetamu supaya fokus mak beralih. mak aku sakit jantung, dah tentu kami risau kalau dia terlampau bersedih.
Pukul 11 pagi jenazah abah selesai dikebumikan dan ditalkinkan.

"Allahumma firlahu warhamhu waafini wa'fu'anhu"
Semoga abah tenang di sana.

Sesungguhnya abah adalah ayah yang terbaik untuk umi. Sejak kecil tak pernah kurang sikit pun ape2 keperluan untuk umi baik dari segi duit, pakaian, pelajaran etc. Aku anak bongsu, jadi masa kecik mmg selalu ikut abah ke sana sini. cuma bila aku dh kawin, terasa jauh dr abah. masih aku teringat masa aku balik PD dalam bulan 4 sbb abah masuk hospital, aku nyatakan hasrat hati aku untuk belajar. abah tanya ," kau ada duit?". dalam sakit2 dia pun dia masih tnya sama ada aku ada duit ke tak. Itu la namanya ibu bapa. sanggup berkorban untuk anak2 nya.
abah dah lama sangat sakit. dia start sakit buah pinggang masa aku dlm pantang Mukmin, tahun 2006. ada org cakap abah pergi dengan tenang sbb dia taknak along n angah risaukan dia bila nak pergi haji tahun ni. Apa pun aku harap kami semua akan pergi dengan kesudahan yang baik, mcm abah. I may not be a good daughter for him, but he is the best father I ve ever had.
Ramai kawan2, former students yang hntar sms . aku betul2 hargai. that day is the worst day in my life, n i really feel like i need those supporting words to give me spirit and courage.

Friday, June 8, 2012

Wednesday, May 2, 2012

5 Things Parents Shouldn't Say to Their Kids (by Charlene Prince Birkeland)

"I don't care."

Little kids love to share details...of their playground conversations with friends, of the cloud formation they think looks like a sea serpent, of why they squeezed an entire tube of toothpaste into the bathtub. And sometimes? Parents just don't want to hear the specifics. But beware of saying "I don't care!" because you're cutting off communication with your child and saying that something important to him or her isn't so important to you. "Most parents have a difficult time once children reach the adolescent stages and complain that their teens are not communicative with them. Well, the question must be asked then, 'How has the parent-child communication been nurtured throughout the child's life?'" says Melinda Garcia, a licensed clinical social worker with ESCAPE Family Resource Center in Houston. "The process of parent-child communication must evolve positively over the years. There's an unspoken trust that occurs when communication is nurtured." Try this: Garcia recommends that parents let the child know an issue can be discussed later, perhaps at a better time when the parent is more focused. She stresses, however, that parents must follow through. "Don't let the day end without addressing your child's need to share with you."



"Act your age!"

Your daughter is seven years old but you think she's acting like she's three...and you tell her so. Pincus says this common reaction is less about the child's behavior and all about the parent trying to manage his or her own frustration. The child may, in fact, be acting their age. "It's just not working out for the parent," she says. "It makes us feel better in the moment." The result? Kids hear their parents criticizing them at a time when they, as children, are having trouble and perhaps need some help gaining control. Try this: Says Pincus, "When you are stirred up, just take that pause. Come up with an effective response instead of a reaction. Most of what we do is a knee-jerk reaction. That pause helps to get that adrenaline down so you can get the thinking part of your brain working instead of the emotional part of the brain."



"Say you're sorry!"

Your preschooler takes a toy from another child and makes him or her cry. You instantly tell your child to say sorry for his or her actions. You're trying to teach your child to be compassionate, which is a laudable goal. But "forcing a child to apologize does not teach a child social skills," says Bill Corbett, a parent educator, author, and producer/host of the parenting TV show "Creating Cooperative Kids." Young children don't automatically understand why they have to apologize. Corbett says that if parent forces a child to say they are sorry, "it could delay the child's natural acceptance" of apologizing. Try this: Apologize to the child for your kid as a way to model the behavior you're trying to encourage. And make sure that when you're in situations where an apology is warranted, you deliver it just as easily.



"Don't you get it?"

You've taught your kid how to catch a baseball five times over. Or how to add and subtract fractions. But when your child shows signs that it's not clicking for him or her, you hastily ask, "Don't you get it?" Learning specialist and author Jill Lauren tells Team Mom on Shine that this comment is degrading. "If the child 'got it,' which he desperately wants to do in order to please his parent, it would be clear. Implicit in a 'don't you get it' comment are the judgments of 'Why don't you get it?' followed by 'What's wrong with you for not getting it?' While a parent may not mean to send those messages, that is the message the child receives." Try this: Take a break. If you're stuck on how to teach your child something, step away. Return to the "lesson" when you're ready to try again, perhaps after researching alternative approaches to teaching whatever it is your child is trying to learn.



"I'm going to leave without you!"

Your kid refuses to leave the toy store or a park and you are going to be late for an appointment. So you issue an ultimatum sure to freak your child out: "I'm going to leave without you!" For young kids, fear of parental abandonment is very real. But what happens when your threat doesn't work? "The biggest problem is that we want our kids to believe what we say. For a whole host of reasons, we need our kids to believe us. If you want them to believe what we say is true, we cannot say something that is patently false," says Deborah Gilboa, a family doctor, parenting speaker, and mom of four boys. The result is that the child quickly learns that mom or dad makes empty threats. "Parents say it because they don't know what else to do...it's a bad idea," says Dr. Gilboa: "You need to strive not to make empty threats. If you plant a flag, you have to defend it...say what you mean and follow through." Try this: Don't tell your kids you're going to leave without them. Instead, plan ahead. Chances are high that you've seen your child behave this way before. You know what will trigger a tantrum. What will you say if your child throws a fit or refuses to leave? "It's okay to identify unacceptable behavior," says Dr. Gilboa. "You can tell them it's not acceptable but you have to motivate them with a consequence that you can carry out."



Sunday, April 22, 2012

Sakit itu ujian

Last Friday I received sms from my sis and bro,informed me about abah has been hospitalized due to pneumonia. So we rushed back to PD, tengok abah. abah memang dah uzur..dialisis 3 times a week, plus dia ada parkinson. jalan pun dah tak boleh, lepas ni mmg kene guna wheelchair. mata sebelah dah tak nampak...what makes me sad is abah ckap, " dapat ko jumpa abah, abah tak mati2 lagi"..adui, ngape la abah bg ayat2 mcm tuh. well , i guess he's upset as well with his condition. abah bukan lagi mcm dulu. yang boleh drive ke sana sini. yang pagi2 pukul 3 pagi dh bangun untuk cari rezeki, majukan kedai makan. abah sekarang cuma baring. nak bangun pun needs help from others. tapi from other side, abah is still the same. dia tetap abah yang selalu bangun malam, untuk solat. walapun in his condition. sebab tuh dia selalu jatuh smpai lebam2, sebab dia bangun sorang2, digagahkan jugak untuk ke bilik air berwudu2..abah oh abah.. at this momemt, how i wish i do have time to be with him, and spend time together. eventhough suara abah tak clear, serak2 n sometimes tak dengar langsung, tapi abah suka bila kita bercerita dgn dia..dia dengar n faham, cumanya nak reply tuh susah sket..
mak pernah bercerita kat aku..abah dulu anak org kaya. anak tok kadi kat Parit Yakob. abah pun educated jugak, masa tuh tok hntar dia blaja kar KISAS, Klang. abah takde adik bradik seibu and sebapa. cuma anak sorang abg tiri and 3 akak tiri. sejak mak kawin dgn abah, adik beradik tirinya (kecuali arwah abg abah) memang tak pernah bertanya khabar, what more jejak kaki ke rumah kami. diorang tak suka sebab abah ni anak dari isteri no 2.. n until now, aku pun x kenal kakak2 tiri abah tuh.. lepas kawin, byk peluang untuk abah masuk keje gomen, tapi arwah tok (bapak abah) pernah pesan , jgn sekali2 kerja gomen, makan duit haram. so disebabkan tuh abah berniaga sendiri, takut terkene sumpah, walaupun masa tuh tok dah meninggal. maka bermula la kerja abah and mak as peniaga. mula2 bukak coffee house kat kluang, pastu ada konflik sket, pindah ke PD. masa tuh aku baru 7 bulan. and mak and abah mmg bertungkus lumus nak besarkan kami adik beradik. berniaga sana sini. untung mak pandai masak. jadinya berkat rezeki dari Allah maka mak n abah dah berniaga  selama umur aku nih . Bukan senang mak abah nak majukan kedai tuh. and alhamdulillah kedai tuh disambung oleh abg Farid.
Bila abah sakit, mak pun start sakit2. aku tau mak risaukan abah. bukannya aku suka abah sakit, tapi aku cuma untuk tengok dari sudut yg elok. Allah bagi ujian sakit, bukan untuk uji abah je, tapi untuk uji mak n kami adik beradik. Harap2 dengan ujian ini keluarga kami akan lebih bersatu n memahami. Dan doa aku tak putus supaya abah n kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk melalui semua ujian ini. Ujian tanda Allah sayang. Bila kita diuji ,baru lah kita akan bersyukur dgn nikmat yang kita ada sebelum ni. bila kita diuji, baru la kita dapat nilai adakah kita ini org yg sabar.. dan jangan sekali2 berkata 'kalau' sebab ia nya datang dr syaitan.

Wednesday, April 18, 2012

Restoran Samudra Pantai, Medan Ikan Bakar, PD







kali ni aku nak promote kedai abg aku..asalnya kedai ni bukak siang je, orang kenal as kedai haji masrom.later , it was handed in to my brother, abg farid. sedar tak sedar..kedai tuh dah diusahakan sebaya dengan umur aku..tapi sekarang ni dah ada bangunan baru tapi still di tapak lama. dah lama aku nak tulis psl kedai ni tapi x sempat je..gambar2 ni pun aku amik dr blog orang lain..kat medan ikan bakar tuh ada 3 kedai makan, one of it belongs to my family..so kalo nak tau, kene la carik yg ada tulis nama kedai ni:



plus, mcam post aku before this, kalo ada yg nak carik homestay pun ada..samudra port dickson homestay, boleh tgok website before ni..so kalo sape2 gi pd, sila2 dtang ke kedai and homestay family saya..:)













Sunday, April 8, 2012

CTEL FAIR 2012













Date : 4th April 2012


Venue : Auditorium UNITEN KSHAS



I would say that i am addicted to conduct this kind of activity for my students. When i was in kpm, it was named cultural event, I had had organized 4 major cultural event + 2 mini demo. in UNITEN last year I named it English Fun Games carnival. and now, i named it Critical Thinking & English Language (CTEL) Fair. I believe this kind of project some how assist students in their learning process. It is a student-centered approach, and my function is just as a facilitator , providing the scaftfolding whenever is necessary. Thus , students may learn better independently, not restricted to the books nad develop their self-confidence and teamwork skills. isn' that great? but of course, assistance and guidelines are deemed to ensure they are on the right track..Thank you my students for being part of this event!!

Sunday, March 18, 2012

FB

This morning I read a friend's entry on fb. Just sharing :


Bila facebook jadi makanan harian

Al Quran mula dikesampingkan

Hingga Iman jadi berantakan

Akhirnya amal soleh kian berkurangan


Bila facebook jadi makanan harian

Debat dan hujah jadi mainan

Kononnya demi sebuah kebenaran

Akhirnya ukhuwwah juga yang terkorban


Bila facebook jadi makanan harian

Segala-gala hendak diceritakan

Segala masalah hendak diluahkan

Akhirnya maruah jadi taruhan


Bila facebook jadi makanan harian

Gambar peribadi jadi bualan

Membuat jejaka hilang pertimbangan

Hilanglah malu tertawalah syaitan


Bila facebook jadi makanan harian

Caci maki, gosip juga umpatan

Tersebar luas tanpa batasan

Berbaloikah ia demi sebuah perjuangan?


Bila facebook jadi makanan harian

Suami isteri hilang kemesraan

Asyik dengan 'update' teman-teman

Hingga terlupa pada kewajipan


Bila facebook jadi makanan harian

Menjadi ubat 'lecture' yang bosan

Juga ubat khutbah yang suram

Hingga hilang sebuah keberkatan

Bukan menghalang bukan membenci

Cuma khuatir kita terleka

Sesal di dunia boleh kembali

Sesal di akhirat tiadalah guna

Jangan jadi kuda facebook!

Cuti

School holiday last week, akuamik cuti 5 hari. kebetulan sem nitak byak kelas, cuma 3 kelas je so tak lah pening nak ganti kelas nanti. so aku pun balik PD dgn anak2, mr hubby tak cuti. 6 days kat PD rasa macam sekejap je, tiba2 dh smpai masa nak balik muazam..tak banyak aktiviti dibuat, most of the time dok umah je, which i think is better. tapi sempat jugak aku gi umah Dyana, my bff sejak sekolah shams lagi..oh terlupa, by the way my fmily ada buat homestay kat PD. for those who are seeking for a suitable place for vacation, boleh la tgok website nih:
http://samudraportdicksonhomestay.blogspot.com/2011/09/samudera-pd-homestay_01.html

Friday, March 2, 2012

Reflection

Looking at those who are poorer and unfortunate, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..makes me realize how lucky I am. selalu la bersyukur n bersedekah sebab itu tanda penghambaan kita kepadaNya

Monday, February 13, 2012

Tanjobi



12th Feb is my husband's birthday. 14th Feb is Mursyid's. So last week I asked Mursyid n Mukmin to decorate cards for their Abah.




Wednesday, January 25, 2012

Balik PD

Cuti CNY baru ni kami balik pd, menjenguk mak abah n family. and tiap kali aku balik, mak akan setia menunggu, menyiapkan bilik, baju2 untuk aku pakai, towels n of course foods. Well, i guess mak still anggap aku ni anak manja dia, maklumlah i'm the youngest one. Abah pulak, nampak sihat n bertenaga this time. mak kata sebab aku balik so abah seronok. yelah, abah kan tak berapa sihat, dengan keadaan dia yg kene pegi hemodialisis 3 times a week plus badan dia yang dah lemah. walaupun abah tak byk bercakap tapi sometimes aku saje2 je mengendeng2 dok sebelah dia, tnya2 apa yg boleh. suara abah tak berape clear, serak2 maybe sbb tak buleh minum banyak air. most of the time, abah prefers to listen especially bila mak tak kering mulut bercerita itu n ini pada aku.bila balik pd, i spend more time with my mum rather than my hubby. sekali sekala dpt jumpa, mcm2 la cerita nak share. abg farid pulak alhamdulillah makin murah rezeki sejak pindah kedai baru. good for him. lagi pun mmg he struggles for that , so he deserves it.

looking at mak abah, makes me feel positively sure that i am not supposed to leave them now. takpelah, sometimes kita kene korbankan our own desire, dream for someone that we love. and i have no regret for it.

Monday, January 9, 2012

Angry bird









so this is what happen when your kids become addicted to the game. sampai lukis pun lukis game tuh..

Wednesday, January 4, 2012

4th Jan 2012

It's an important day for my hubby and I , much more significant to Mursyid. He's now entering his first school, SK Bukit Ridan. There are only 3 primary schools in Muadzam but I choose SKBR coz it's the nearest , eventhough the furthest is only 3km away from my home.hehe...tht's the good thing about muadzam..


So my new routine starts. 6.30am :kejutkan mursyid and mukmin (subuh prayer,early bfast). and not to forget auni n musyrif pun bangun jugak, menambahkan chaos di pg2 hari.


7.00am: hntar auni n musyrif to nanny's. then mursyid to school. so for this week hntar mur smpai kelas, kang tah mane2 plak dia pegi. he's ok, probbly sbb dh biasa pg2 kene hntar ke tadika since baby, so dah imune..nak buek camno kan, ummi keje..


7.30am:after cikgu marry masuk kelas, aku pun balik, hntar mukmin ke taski al hira pulak. pastu baru g opis.


so that's my new routine in the morning.


in the noon plak- 11.30am amik mukmin, bawak g opis or lunch dulu semntara nk amik mursyid kol 12.45pm/1.15pm..then siap2 diorang. 2.30pm: hantar mursyid g sek agama (kamus), mukmin to nanny's..balik opis


belah ptg- 5.30 pm:amik mukmin,musyrif n auni at nanny's. pastu gi kamus plak amik mursyid..balik umah..dah balik tuh paham2 la kan byk keje menanti..


living alone with the children..i learn that not only my kids, i pun kene jadi lebih independent, which i am now..


for ths month, studnts cuti so tak lah aku kalut sgt nk hntar mursyid gi kamus. tapi nt bulan 2 dh start kelas, kene la pk altrnatif lain, especially kalo aku ada lecture petang..


Aku kagum dengan mursyid, he's independent. maybe sb jarak dia dgn mukmin dekat..semoga diterangkan hati untuk menuntut ilmu..