Tiket flight
Kami plan nak gi Dubai ni dah 4
bulan. So plannya aku dan husband akan ke Abu Dhabi dulu, kemudian baru ke
Dubai. Anak2 tinggal kat PD. Tiket dibeli 3 bulan in advanced. Airlines yang
menjadi pilihan ialah Qatar. Asalnya nak naik Emirates (direct flight) tapi
tengok harganya macam mahal sangat. Kebetulan Qatar Airways ada buat promo , so I manage to get
tickets at RM4890 for two person and
2-way.
Accomodation
Untuk Room reservation, semua
dibuat melalui booking.com. Selalunya aku guna Agoda,which is cheaper tapi
sebab this is the first time nk travel jauh, aku book ikut booking.com. Takde
sebarang bayaran dikenakan sehingga cek in nanti. So in case nak tukar plan,
takde sebarang masalah.
Day 1- 12 Nov 2014
Kami bertolak ke KLIA pukul 5am,
dihantar oleh Along , Mursyid & Mukmin . Musyrif & Auni tinggal kat
rumah mak sebab tak bangun lagi. Malam sebelum tu sampai PD pukul 11pm.solat subuh di surau KLIA sebelum
cek-in. Lepas cek in, kami breakfast di food court, makan roti canai je. Masa
cek in luggage kami Cuma 12kg sahaja. Dalam beg tu ada 1 beg kosong + 2 back
pack untuk isi brg lain. Kami bertolak pukul 9.25am. Masa salam M1 & M2
rasa sebak jugak la sebab aku tak pernah tinggalkan diorang untuk masa yang
lama. tapi tengok diorang macam x kisah pun, maybe sebab along ada.
Perjalanan selama 6jam 51 minit
ke Doha ( Qatar) . Pramugarinya peramah and helpful. Ada bacaan doa sebelum
take off. Tapi still arak antara menu dalam penerbangan. Menu yang dihidangan
sedap dan sesuai dengan aku yang tak boleh makan nasik nih.Tiba di Qatar pukul 11.55pm.
Transit 4 jam 55 minit sebelum ke Abu Dabi International Airport (AUH).
Sementara tunggu next flight kami ronda2 dulu. Barang boleh tahan mahal
harganya dan banyak currency yang diterima kat sana (i.e USD, AED etc). Sempat
kami rehat2.Kemudahan untuk berehat memang
selesa dan banyak. Ada kerusi rehat dan barig serta area untuk family.
Kami berlepas dari Hamad International Airport pukul 4.55 pm (waktu Doha), lambat 5 jam dari
Malaysia. Perjalanan selama 40 minit ke Abu Dhabi terasa sekejap je. Sampai di
Abu Dhabi airport, immigration process sangat pantas. Takde sebarang masalah
sebab Malaysia antara negara yang tak perlu apply visa kalau datang ke UAE.
Visa on arrival akan diberikan kepada warga Malaysia dan valid selama 30
hari. Airport ni sangat cantik dan
unik, lebih cantik dr KLIA. Ada tiang hijau yang cantik di bahagian tengah dengan bumbung yang so marvelous. Malangnya kami tak sempat snap gambar sebab nak kejar
teksi, sebab masa tu dah pukul 6.40pm. Kami takut kalau lambat nanti teksi
double charge. Rupanya takde konsep extra chargebagi teksi2 di UAE. Kami
menaiki teksi ke hotel selama 30 minit (AED90). Cek in di Hotel Tops Stars,
Madinat Zeyed, Abu Dhabi. Hotel taraf 2 bintang sahaja tapi 1 malam berjumlah
AED 400. Buat makluman, semua hotel di UAE mengenakan charge 10% untuk government
tax dan 10% untuk hotel charge dan AED7 untuk 1 malam. Kami cek in dan puisng-pusing sekejap. Meriah
betul walaupun dah pukul 10 malam. Rupanya di UAE diorang keluar shopping waktu
malam, compared to waktu siang. Sampai hotel terus zzzz….
Tempat wudu' di Doha International Airport
No comments:
Post a Comment