Pernahkah seseorang yg kita kenali berubah perangai setelah sesuatu tempoh berlalu? Jika ada, pernahkah kita terfikir apa yg membuatkan insan tersebut berubah perangai? Untuk mengetahui alasannya, cuba kita ingat semula bilakah waktu sebenar dia berubah perangai. Mungkin ada sesuatu yg telah berlaku pd waktu itu, yg mnyebabkan dia berubah.
Jika kita berhadapan dgn insan sedemikian, jgn cepat melenting bila tingkah lakunya tidak seperti yg kita harapkan. Jangan cepat melatah, menuduhnya dgn pelbagai andaian, apatah lagi mengeluarkan perkataan kesat lg kasar yg bakal menyinggung hatinya & bilah2 perkataan yg bakal menikam hatinya & menitiskan air mata nya. Paling membimbangkan jika perbuatan kita yg semberono itu disimpan sbg satu kenangan yg perit dlm hatinya.
Fikir2kan lah.
Bahawa mungkin perubahan tersebut disebabkan kita, atau mungkin insan2 yg berada di sekitar kita, atau mungkin telah berlaku suatu peristiwa yg menyentap hati nya sehingga berkelakuan sedemikian. Mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin. Mana mungkin seorang tb2 berubah tanpa ada sebabnya.
Tidakkah kita pernah cuba fikirkan,
kenapa..? kenapa...?
No comments:
Post a Comment