Thursday, December 20, 2018

Macam2 cerita

Lamanya tak update dalam ni. Sedar2 dah nak habis tahun 2018.

CONFERENCES

2 bulan ni adalah bulan yang paling sibuk. Sebab aku kene attend 3 conferences & present 5 papers in 3 weeks. KL-Hyderabad- Teronoh. I thought lepas the 3 rd conference, dah tak sibuk. So boleh pergi holiday dengan kids. Tapi  right after habis conference UTP, kami disibukkan dengan sesi interview utk Mukmin.

TEMUDUGA MUKMIN

First, temuduga ke MRSM Ulul Albab. Tahun ni sesi nya dibuat di MRSM yang berdekatan. We went to MRSM Kuantan for the interview. Ujian khas dilibatkan 2 levels. Pertama, ujian jawi (menjawaikan tulisan rumi) danyang kedua is hafazan. Hafazan terbahagi kepada 2 iaitu Surah Al-Mulk ayat 1-12 dan yang kedua hafazan dalam masa 25 minit. Dalam masa yg diberikan Mukmin berjaya hafaz 7 baris dari 8 baris yang diberikan. Tapi pastinya saingan sangat sengit kerana dengarnya tahun ni MRSM ambil pelajar berdasarkan kuota pendapaan ibu bapa.

Temuduga kedua adalah 2 hari selepas Ulul Albab iaitu di SMA Al- Maarif (SMAAM). Sekolah ini adalah antara yang terkenal di Pahang kerana mempunyai 2 kurikulum: Kurikulum Berdasrakan Dini Kelas Tahfiz Bestari. Pelajar akan ambil subjek tambahan iaitu Arab, Usuluddin dan Syariah, di samping menghafaz al -Quran. Sekolah ni sasarkan 15 juzuk sehingga Form 5 tetapi jika ada pelajar yang boleh menghafaz lebih, mereka akan ikut rentaknya. Semasa sesi taklimat untuk ibu bapa, hati aku dah terpaut pada sekolah ni.
Temuduganya ada 2peringkat. Pertama, ujian bertulis selama 1 jam. Kata Mukmin soalannya adalah bagi Bahasa Arab dan Ulum Syariah. Peringkat kedua adalah hafazan. Selama 30 minit, Mukmin dapat hafal 6 baris sebab katanya ayatnya susah. Takpe, insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana. Mengenangkan minat Mukmin dan kebolehannya dalam menghafal, kami hanya sasarkan sekolah2 yang ada menghafal al-Quran sahaja.

Dua hari lepas, kami dimaklumkan Mukmin berjaya ke SMAAM. daripada lebih 300 yang hadir ke temuduga, hanya 40 tempat yang ditawarkan. Hari ni adalah keputusan bagi MRSM. Mukmin gagal. Tapi hatiku gembira kerana SMAAM memang pilihanku. Lokasinya di Kuantan , jadi boleh juga keluarga sebelah sana jenguk2kan dia. Dalam doa, aku mohon agar Mukmin dapat Ulul Albab jika itu lebih baik bagi Mukmin dan agamanya. Jika Al- Maarif lebih baik, aku mohon agar dijauhkan Ulul Albab dari nya. Alhamdulillah..

No comments: